KENAPA TAK NAK JUMPA ALLAH?
Sebelum saya huraikan lebih lanjut tentang tajuk ini, saya nak bercerita dahulu dialog tentang seorang tukang gunting rambut dengan seorang pelanggannya (selepas ini disebut P). Ceritanya begini, suatu hari disebuah kedai gunting rambut datang seorang pelanggan. Si penggunting rambut (selepas ini disebut SPR) mempersilakan pelanggannya duduk di kerusi dan terus menggunting rambut pelanggannya.
SPR : Encik boleh saya tanya sikit.
P : Boleh
Spr : adakah encik seorang muslim?
P : sudah tentu saya seorang muslim. Kenapa? ( Tanya si pelanggan )
Spr : adakah encik percaya Allah itu wujud?
P : mestilah saya percaya.
Spr : adakah Allah itu punyai sifat kasih dan sayang?
P : sambil tersenyum pelanggan itu berkata. “ Ya, Allah itu memang mempunyai sifat kasih dan sayang.
Er.. apa maksud saudara yang sebenarnya.
Sambil menggunting rambut pelanggannya, si penggunting rambut meneruskan kata- katanya.
Spr : maafkan saya encik, saya rasa Allah itu tidak wujud.
P : eh, apasal saudara cakap camtu? (katanya dengan tenang)
Spr : Begini encik, kalaulah Allah itu wujud. Dan wujudnya Allah itu dengan sifat kasih dan sayangnya, sudah tentulah Allah tidak akan membiarkan dunia ini penuh dengan kejahatan, kerosakan dan kezaliman. Kalaulah Allah itu wujud dengan sifat ini, sudah tentu tidak akan dibiarkan dunia ini adanya manusia yang jahat dan zalim, seperti pencuri, perompak, perogol, pembunuh, pelacur dan sebagainya. Saya rasalah kalaulah Allah itu wujud dengan sifat kasih dan sayangnya pasti Allah akan menjadikan di dunia ini tidak akan ada anak yang menderhaka kepada ibu bapanya, sudah pasti akan dipenuhkan dunia ini dengan keluarga yang bahagia, manusia yang baik, anak- anak yang soleh dan solehah, ibu bapa yang bertanggungjawab, supaya tidak ada masalah sosial yang berlaku.
P : si pelanggan mendengar dengan penuh minat. “ teruskan kata- kata awak.” Pintanya
Spr : iyelah encik, dah tentu Allah tidak akan membiarkan masalah sosial berlaku di dunia ini, seperti sumbang mahram, bohsia dan bohjan, penagihan dadah dan sebagainya. Sebab itulah saya rasa Allah itu tidak wujud apatah lagi wujudnya itu dengan sifat kasih dan sayang. Apa pendapat encik?
Begitu bersemanagat sekali SPR memberikan hujah dan pendapatnya. Sambil memandang ke arah pelanggannya, SPR mengharapkan jawapan balas.
P : Iyelah, kalau sudah begitu pendapat saudara, terserahlah. Saya tak tahu nak cakap apa.
SPR meneruskan kerjanya sambil tersenyum kerana berjaya membuatkan pelangganya itu tidak dapat menyangkal hujahnya. Selepas selesai rambutnya digunting, si pelanggan lantas membayar dan terus keluar. Seketika kemudian si pelanggan itu datang balik menemui SPR. Maka berkatalah si pelanggan itu kepada SPR.
P : er… saudara tau tak, dalam dunia ni sebenarnya tak ada tukang gunting rambut?
Spr : ishh… mustahil takde. Encik dah lupa ke? Bukankah tadi saya yang gunting rambut encik? Jadi itu menunjukkan yang saya ni tukang gunting rambut, jadi di dunia ni memang wujud tukang gunting rambut. Balas Spr dengan penuh semangat dan tegas.
Spr : ye ke? Lepas saya keluar dari kedai ni tadi, saya jumpa ramai manusia di tepi jalan tadi. Semua yang saya jumpa rambutnya panjang dan tidak terurus. Bukan setakat rambutnya panjang dan tidak terurus, malah janggut dan misainya juga tidak terurus seperti tidak pernah digunting. Jadi saya rasa di dunia ini tidak ada tukang gunting rambut.
Spr : emm… encik silap la. Yang sebetulnya tukang gunting rambut memang wujud, Cuma adanya manusia yang seperti itu sebab mereka tak jumpa dengan tukang gunting rambut. Cuba mereka itu jumpa saya, dah tentu rambut, janggut dan misai mereka akan pendek, terurus dan kemas. Sambil tersenyum si pelanggan itu pun berkata.
P : “Begitu jugalah dengan kewujudan Allah. Sebenarnya Allah itu wujud, Cuma adanya di dalam dunia ini manusia yang menjadi pencuri, peompak, perogol, anak- anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya adalah kerana mereka tidak mahu berjumpa dan meminta tolong kepada Allah. Andai kata mereka ini berjumpa (solat dan berdoa) kepada Allah dan meminta pertolongan kepadaNya untuk menjadi seorang manusia yang baik sudah tentu Allah akan membantunya kerana Allah itu wujud dengan sifat kasih dan sayangnya. Kesimpulannya saudara, Allah itu memang wujud dengan sifat kasih dan sayangnya dan Allah itu tidak zalim dan tidak menganiayai manusia. Yang zalim dan menganiayai manusia adalah manusia itu sendiri. Sekarang ada faham ke………?” kata si pelanggan tadi dengan tenang sambil tersenyum kepada spr yang diam tidak berkata apa-apa.
Dah baca cerita tadi? Sekarang mari kita bincang kenapa kita mesti jumpa Allah S.W.T. Saudara dan saudari sekalian, sebenarnya sebagai hambaNya kita wajib berjumpa dengan Allah S.W.T. Makin banyak tanggungjawab kita makin selalulah kita wajib berjumpa dengan Allah. Makin banyak masalah kita, makin keraplah kita wajib bertemu denganNya. Sekarang mari kita fikirkan sejenak, kalau kita ada masalah, tak kira lah apa masalah kita samada kita bermasalah dengan diri kita atau dengan orang lain. Sebagai contoh, katalah kita ada masalah dengan anak- anak kita. Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari berdepan masalah dengan anak- anak kita. Betul tak?
Kadang- kadang bila kita tegur anak kita, diorang mulalah tarik muka masam, lepas tu siap menjeling lak tu. Tu kira ok lagi (kata sesetengah mak ayah kat saya le..), ada tu siap marahkan kita balik, seolah olah kita ni pulak yang salah dan mereka pula yang betul. Ok, kita toksah bincanglah siapa salah siapa betul. Yang ini kita bincang lain kali. Yang kita nak bincang sekarang ni ialah kenapa kita tak nak jumpa Allah bila kita ada masalah (masalah berkenaan anak- anak). Mungkin ada yang cakap “ saya selalu jumpa Allah. Saya selalu mengadu kepada Allah. Hari- hari saya berdoa kepadaNya. Apa itu bukan berjumpa dan mengadu kepada Allah ke?”
Baiklah, sekarang ada beberapa persoalan yang mesti kita bincang. Pertama, bila kita ada masalah adakah Allah dahulu yang kita adukan dulu masalah kita? Jeng, jeng, jeng... keliru? Oklah saya mudahkan sikit. Katalah bila anak kita buat salah, dan kita marah atau tegur, lepas tu dia marah dan tarik muka masam (memberontak le tu). Kemudian kita pun kecewa dan sedih. Apa yang selalunya kita akan buat?. Selalunya kita akan menceritakan masalah tersebut pada suami kita, kalau suami, dia akan cerita pada isterinya la kan? Ataupun kita akan bercerita dan mengadu masalah pada kawan- kawan di pejabat kita. Atau pun pada kaunselor yang kita percayai, ataupun pada alim ulama’ dan ustaz ustazah. Betul tak? Selalunya begitu kan?
Bagi saya tak salah kita buat seperti yang saya sebutkan tadi. Cumanya adakah mereka yang saya sebutkan tadi menjadi orang pertama yang kita adukan atau Allah yang pertama kita adukan masalah kita? Sebagi contoh ketika zaman Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Pada waktu itu bertanyalah umat Nabi Ibrahim kepada Nabi Ibrahim. Mereka bertanya kenapa Allah menggelarkan Nabi Ibrahim dengan gelaran KHALILULLAH suatu gelaran yang menunjukkan betapa hampirnya Allah kepada Nabi Ibrahim sehinggakan Nabi Ibrahim diberi suatu Mukjizat dimana Nabi Allah Ibrahim boleh berdialog dan bercakap- cakap dengan Allah S.W.T.
Agak- agaknya apa jawapan yang diberikan oleh Nabi Ibrahim? Jawapannya ialah Nabi Ibrahim diberikan gelaran itu kerana Nabi Ibrahim sering mengamalkan 2 perkara. Pertama, Nabi Ibrahim tidak pernah makan seorang diri. Maksudnya apabila Nabi Ibrahim hendak makan, Nabi Ibrahim akan mengajak orang- orang yang ada di sekitarnya makan bersama. Kalau tak ada akan dicarinya dulu (jiran- jirannya atau orang- orang yang ada). Yang kedua, apabila Nabi Ibrahim menghadapi masalah dalam berdakwah maka Allah adalah yang paling pertama diadukan masalahnya.
Ok sekarang kita check diri kita, adakah kita buat seperti apa yang Nabi Ibrahim buat? Selalunya apabila dah puas kita mengadu dan minta tolong pada orang lain, dan bila dah puas kita menangis dan mengalirkan air mata pada manusia barulah akhirnya kita menangis dan minta tolong pada Allah. Pada waktu itu barulah kita mula nak Solat Hajat, Solat Taubat, baca Al-Quran dan sebagainya. Kalau ini yang kita buat, susahlah masalah kita nak selesai. Sebabnya? Sebabnya kita dulukan manusia yang lain kemudian barulah Allah. Saudara saudari sekalian, ini tak betul.
Ok cuba kita fikirkan yang ini pula. Dulu kita bujang, lepas tu kita kahwin. Lepas kahwin kita di takdirkan mempunyai beberapa orang anak. Ok, persoalannya ialah anak- anak yang kita punya itu milik siapa? Milik kita ke milik Allah? Kalaulah kita rasa anak- anak kita itu milik kita ok, setuju dulu. Kalaulah satu hari Allah nak ambil anak kita (anak kita pergi dulu sebelum kita), perlu tak Allah minta izin dengan kita dulu? Sudah tentu Allah tak perlu minta izin kita. Allah boleh ambil bila- bila masa yang Allah suka. Ini menunjukkan apa? Ini
menunjukkan bahawa anak- anak kita tu bukan kita punya. Ianya kepunyaan Allah S.W.T. Sebagai contoh yang lebih mudah, katakanlah anda mempunyai sebuah kereta dan saya takde kereta. Kemudian saya nak pinjam kereta anda. Perlu tak saya minta izin dari anda? Mestilah sebab kereta tu bukan saya punya, kereta tu anda yang punya. Oklah lepas saya pinjam, kemudian anda nak ambil balik kereta tersebut, perlu tak anda minta izin saya untuk ambil kereta tu. Tentu tak perlu sebab kereta tu anda yang punya. Begitu jugalah kita dengan Allah S.W.T.
Disebabkan anak- anak kita tu adalah hak milik Allah S.W.T. dengan lain perkataan, Allah adalah “tuan punya” kepada anak- anak kita. Jadi apa sebab Allah kurniakan kita anak? Bagi saya Allah kurniakan kepada kita anak adalah kerana ianya adalah suatu pemberian yang berupa “hadiah” yang tidak ternilai harganya (tapi ingat hadiah ini juga Allah boleh ambil bila- bila masa yang Allah suka). Sekarang mari kita fikir sekali lagi. Kalaulah ada kawan kita berikan kita hadiah yang sangat mahal, apa yang akan kita buat dengan hadiah tersebut? Sudah tentu kita akan berterima kasih, menjaga dan menggunakan hadiah tersebut dengan baik. Betul tak?
Sekarang kita dah dapat hadiah yang sangat bernilai yang Allah beri pada kita (anak). Jadi apa yang perlu kita buat? Mestilah kita wajib menjaga, memelihara, membimbing dan mengajar anak- anak yang telah Allah beri kepada kita dengan baik. Secara langsungnya ianya juga telah menjadi amanah dan tanggungjawab keatas kita. Oleh yang demikian, kalaulah anak- anak kita mendatangkan masalah kepada kita, pada siapa seharusnya kita mengadu? Ya, tentulah kita mesti adukan masalah kita ini pertama sekali kepada Allah. Kerana apa? Mudah, kerana Allah adalah “tuan punya” kepada anak- anak kita.
Kita mesti berjumpa dengan Allah untuk mengadu masalah kita kepadaNya. Kerana dengan sifat kasih dan sayangnya, Allah akan memakbulkan permintaan kita. Di dalam Al- Quran, ada sebuah ayat yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ayat tersebut mempunyai maksud:
“ DAN MINTALAH KAMU PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR SERTA MENGERJAKAN SOLAT.”
Di sini Allah telah memberikan kita 2 cara bagaimana untuk kita berjumpa, mengadu nasib dan masalah kita. Caranya apa? Caranya ialah:
1) Sabar
kalau baru sekali dua kita mengadu dan minta tolong daripada Allah tapi hasilnya belum nampak, kemudian kita pun fikir Allah tak nak bantu. Itu satu salah tanggap yang cukup berbahaya. Kita mesti sabar dan mintalah pertolongan kepada Allah secara berterusan (istiqamah). Maknanya jangan sekali- kali kita berputus asa atau frust dengan Allah S.W.T. Mengambil contoh Nabi Zakariya Alaihissalam yang tidak pernah putus berdoa dan meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Baginda terlalu kepinginkan seorang anak, tetapi sehingga usianya sudah lanjut masih lagi belum dikurniakan walaupun seorang anak. Dalam masa itu, Baginda tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa disamping berbaik sangka dan yakin kepada Allah yang akan mengurniakan anak kepadanya. Apakah doa yang selalunya Baginda minta kepada Allah? Ini adalah doa yang selalu Baginda minta. Di dalam surah Maryam ayat 4 dan 5, yang bermaksud:
“ Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada engkau wahai tuhanku. Dan sesungguhnya aku bimbang sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi engkau seorang putera (anak).”
saudara dan saudari sekalian, kalau Nabi sendiri pun tidak pernah berputus asa dan sentiasa berjumpa, meminta, merayu, memohon kepada Allah, takkanlah kita nak give up dengan Allah. Ha... lepas baca artikel ni cuba fikir- fikirkan dan renung- renungkan. Sekarang ni cuba kita fikir balik. Dalam masa kita berdoa dan meminta kepada Allah, adakah keyakinan dan pengharapan kita kepada Allah adalah keyakinan dan pengharapan yang seratus peratus? Kalau jawapannya tidak dan kurang pasti, lebih eloklah selepas ini kita tanamkan keyakinan dan baik sangka kita kepada Allah sehingga ke tahap seratus peratus.
2) Solat
Kewajipan solat ni ada beza sikit dengan kewajipan- kewajipan yang lain seperti puasa di bulan Ramadhan, zakat, dan menunaikan haji di Baitullah. Apa bezanya? Bezanya ialah kewajipan- kewajipan yang lain, difardhukan kepada RAsulullah ketika baginda melalui penyampaian wahyu. Tetapi kewajipan solat difardhukan, dengan diangkat Rasulullah ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Betapa istimewanya kewajipan solat ini. Dan amalan pertama yang akan Allah hitung dahulu di Padang Mahsyar ialah Solat.
Cuba kita fikirkan, kalaulah solat kita ni tenggelam timbul tenggelam timbul (kejap buat kejap tak), agak- agak kitalah adakah Allah akan mempercepatkan permintaan kita. Sebenarnya saudara dan saudari sekalian, ada 10 sebab mengapa Allah tidak memperkenankan permintaan dan permohonan kita. Bab ini saya akan ceritakan di lain kali. Cuma yang saya nak ceritakan ialah salah satu sebabnya ialah, kita mengaku yang Allah itu adalah tuhan yang wajib kita sembah, tetapi kita tidak/ jarang untuk meyembah (solat) kepadaNya dan kita mengaku yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata, tetapi sering kali kita mengikut kehendak iblis dengan melakukan kerja- kerja maksiat (meninggalkan solat juga adalah salah satu daripada maksiat).
Kemudian kita nak minta pada Allah suatu permintaan yang cukup penting dalam hidup kita kepadaNya (anak yang soleh dan solehah). Mungkin ada yang akan berkata, “Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, takkanlah Allah tak nak perkenankan?” saudara dan saudari sekalian, sememangnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah akan sentiasa mengabulkan permintaan kita jikalau kita sentiasa berjumpa dan mengharapkan ehsanNya. Allah itu tidak zalim terhadap hamba- hambanya, cuma hanya kita sahaja yang zalim terhadap diri kita (yang meninggalkan suruhanNya dan melakukan laraganNya).
Kesimpulannya saudara dan saudari sekalian, walau apa pun masalahnya kita mesti berjumpa dengan Allah S.W.T. dengan cara apa? Dengan cara kita sentiasa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Di samping itu kita mesti percaya dan yakin kepada Allah S.W.T akan kehebatan dan kebesaranNya. Lagi satu kita kita kena mengetahui hakikat bahawa bukan anak- anak kita sahaja milik Allah malah diri kita ini juga milik Allah dan semua benda yang ada di dalam dunia ini juga milik Allah S.W.T. Jadi kalau kita mahukan sesuatu yang ada di dalam dunia ini (terutamanya anak yang soleh dan solehah), kita mestilah berjumpa dan meminta dengan “tuan punya” dunia ini. Siapa dia? Tak lain dan tak bukan ialah Allah S.W.T.
Kita juga mestilah menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah S.W.T. kerana apa? Kerana kalau kita menjadi seorang hamba yang taat kepadaNya, InsyaAllah, Allah akan menjadikan anak- anak kita sebagai anak- anak yang taat kepada kita. Jadi sifirnya cukup mudah, kalau anak kita tidak / kurang taat dengan kita, kita tanya diri kita semula adakah selama ini kita menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Sebelum saya menamatkan tulisan saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan anda. Tidak ada niat di hati ini. Sekian berjumpa lagi di artikel yang lain.
Tuesday, August 12, 2008
Wednesday, August 6, 2008
Dialog dengan Paderi Kristian
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"
Hayati kandungannyaBismillahirrahmanirrahim.Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita,insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka RahsiaAda seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allahberupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalandengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapansemoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan diAmerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula diakeberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhipermintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangkudengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatanlantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihatkepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Akuharap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetaptidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Akuminta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemudaini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahubahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapatdi wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkankehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untukmemalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.
Pemuda Muslimitupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan andaharus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silakan!"Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yangtiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yangtiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yangtidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yangtiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.""Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yangdimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdustanamun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayahdan ibu!""Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dansiapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?""Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepadaAllah. Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "DanKami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketikaKhidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketikamenegakkan kembali dinding yang hampir roboh.-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allahs.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada NabiMusa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat." (Al-An'am: 160).-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusufditambah dengan ayah dan ibunya.
Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara NabiYusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekatbarang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suarakeldai." (Luqman: 19).-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialahAbu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab denganbatu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu DayaWanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanitaitu sangatlah besar." (Yusuf: 28).-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalahHari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malamhari dan Dua di siang hari.Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslimtersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnyadan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan inidisetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah.
Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanyadia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidakmampu menjawabnya!"Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takutkalian marah."Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agamaIslam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga merekadengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
**NOTA:Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukupbagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandunganAl-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaanorang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pastisama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi. Wallahua'lam samada kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!Ya Allah SWT. Kembalikanlah aku dalam keadaan KAU redha seluruh kehidupanku. ameen.Kerana Allah SWT kita ditemukan...Andai Terpisah...Itu ketentuan..

Subscribe to:
Posts (Atom)