Tuesday, August 12, 2008

KENAPA TAK NAK JUMPA ALLAH?

KENAPA TAK NAK JUMPA ALLAH?

Sebelum saya huraikan lebih lanjut tentang tajuk ini, saya nak bercerita dahulu dialog tentang seorang tukang gunting rambut dengan seorang pelanggannya (selepas ini disebut P). Ceritanya begini, suatu hari disebuah kedai gunting rambut datang seorang pelanggan. Si penggunting rambut (selepas ini disebut SPR) mempersilakan pelanggannya duduk di kerusi dan terus menggunting rambut pelanggannya.

SPR : Encik boleh saya tanya sikit.
P : Boleh
Spr : adakah encik seorang muslim?
P : sudah tentu saya seorang muslim. Kenapa? ( Tanya si pelanggan )
Spr : adakah encik percaya Allah itu wujud?
P : mestilah saya percaya.
Spr : adakah Allah itu punyai sifat kasih dan sayang?
P : sambil tersenyum pelanggan itu berkata. “ Ya, Allah itu memang mempunyai sifat kasih dan sayang.
Er.. apa maksud saudara yang sebenarnya.
Sambil menggunting rambut pelanggannya, si penggunting rambut meneruskan kata- katanya.
Spr : maafkan saya encik, saya rasa Allah itu tidak wujud.
P : eh, apasal saudara cakap camtu? (katanya dengan tenang)
Spr : Begini encik, kalaulah Allah itu wujud. Dan wujudnya Allah itu dengan sifat kasih dan sayangnya, sudah tentulah Allah tidak akan membiarkan dunia ini penuh dengan kejahatan, kerosakan dan kezaliman. Kalaulah Allah itu wujud dengan sifat ini, sudah tentu tidak akan dibiarkan dunia ini adanya manusia yang jahat dan zalim, seperti pencuri, perompak, perogol, pembunuh, pelacur dan sebagainya. Saya rasalah kalaulah Allah itu wujud dengan sifat kasih dan sayangnya pasti Allah akan menjadikan di dunia ini tidak akan ada anak yang menderhaka kepada ibu bapanya, sudah pasti akan dipenuhkan dunia ini dengan keluarga yang bahagia, manusia yang baik, anak- anak yang soleh dan solehah, ibu bapa yang bertanggungjawab, supaya tidak ada masalah sosial yang berlaku.
P : si pelanggan mendengar dengan penuh minat. “ teruskan kata- kata awak.” Pintanya
Spr : iyelah encik, dah tentu Allah tidak akan membiarkan masalah sosial berlaku di dunia ini, seperti sumbang mahram, bohsia dan bohjan, penagihan dadah dan sebagainya. Sebab itulah saya rasa Allah itu tidak wujud apatah lagi wujudnya itu dengan sifat kasih dan sayang. Apa pendapat encik?
Begitu bersemanagat sekali SPR memberikan hujah dan pendapatnya. Sambil memandang ke arah pelanggannya, SPR mengharapkan jawapan balas.
P : Iyelah, kalau sudah begitu pendapat saudara, terserahlah. Saya tak tahu nak cakap apa.
SPR meneruskan kerjanya sambil tersenyum kerana berjaya membuatkan pelangganya itu tidak dapat menyangkal hujahnya. Selepas selesai rambutnya digunting, si pelanggan lantas membayar dan terus keluar. Seketika kemudian si pelanggan itu datang balik menemui SPR. Maka berkatalah si pelanggan itu kepada SPR.
P : er… saudara tau tak, dalam dunia ni sebenarnya tak ada tukang gunting rambut?
Spr : ishh… mustahil takde. Encik dah lupa ke? Bukankah tadi saya yang gunting rambut encik? Jadi itu menunjukkan yang saya ni tukang gunting rambut, jadi di dunia ni memang wujud tukang gunting rambut. Balas Spr dengan penuh semangat dan tegas.
Spr : ye ke? Lepas saya keluar dari kedai ni tadi, saya jumpa ramai manusia di tepi jalan tadi. Semua yang saya jumpa rambutnya panjang dan tidak terurus. Bukan setakat rambutnya panjang dan tidak terurus, malah janggut dan misainya juga tidak terurus seperti tidak pernah digunting. Jadi saya rasa di dunia ini tidak ada tukang gunting rambut.
Spr : emm… encik silap la. Yang sebetulnya tukang gunting rambut memang wujud, Cuma adanya manusia yang seperti itu sebab mereka tak jumpa dengan tukang gunting rambut. Cuba mereka itu jumpa saya, dah tentu rambut, janggut dan misai mereka akan pendek, terurus dan kemas. Sambil tersenyum si pelanggan itu pun berkata.
P : “Begitu jugalah dengan kewujudan Allah. Sebenarnya Allah itu wujud, Cuma adanya di dalam dunia ini manusia yang menjadi pencuri, peompak, perogol, anak- anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya adalah kerana mereka tidak mahu berjumpa dan meminta tolong kepada Allah. Andai kata mereka ini berjumpa (solat dan berdoa) kepada Allah dan meminta pertolongan kepadaNya untuk menjadi seorang manusia yang baik sudah tentu Allah akan membantunya kerana Allah itu wujud dengan sifat kasih dan sayangnya. Kesimpulannya saudara, Allah itu memang wujud dengan sifat kasih dan sayangnya dan Allah itu tidak zalim dan tidak menganiayai manusia. Yang zalim dan menganiayai manusia adalah manusia itu sendiri. Sekarang ada faham ke………?” kata si pelanggan tadi dengan tenang sambil tersenyum kepada spr yang diam tidak berkata apa-apa.

Dah baca cerita tadi? Sekarang mari kita bincang kenapa kita mesti jumpa Allah S.W.T. Saudara dan saudari sekalian, sebenarnya sebagai hambaNya kita wajib berjumpa dengan Allah S.W.T. Makin banyak tanggungjawab kita makin selalulah kita wajib berjumpa dengan Allah. Makin banyak masalah kita, makin keraplah kita wajib bertemu denganNya. Sekarang mari kita fikirkan sejenak, kalau kita ada masalah, tak kira lah apa masalah kita samada kita bermasalah dengan diri kita atau dengan orang lain. Sebagai contoh, katalah kita ada masalah dengan anak- anak kita. Sebagai ibu bapa, kita tidak dapat lari berdepan masalah dengan anak- anak kita. Betul tak?
Kadang- kadang bila kita tegur anak kita, diorang mulalah tarik muka masam, lepas tu siap menjeling lak tu. Tu kira ok lagi (kata sesetengah mak ayah kat saya le..), ada tu siap marahkan kita balik, seolah olah kita ni pulak yang salah dan mereka pula yang betul. Ok, kita toksah bincanglah siapa salah siapa betul. Yang ini kita bincang lain kali. Yang kita nak bincang sekarang ni ialah kenapa kita tak nak jumpa Allah bila kita ada masalah (masalah berkenaan anak- anak). Mungkin ada yang cakap “ saya selalu jumpa Allah. Saya selalu mengadu kepada Allah. Hari- hari saya berdoa kepadaNya. Apa itu bukan berjumpa dan mengadu kepada Allah ke?”
Baiklah, sekarang ada beberapa persoalan yang mesti kita bincang. Pertama, bila kita ada masalah adakah Allah dahulu yang kita adukan dulu masalah kita? Jeng, jeng, jeng... keliru? Oklah saya mudahkan sikit. Katalah bila anak kita buat salah, dan kita marah atau tegur, lepas tu dia marah dan tarik muka masam (memberontak le tu). Kemudian kita pun kecewa dan sedih. Apa yang selalunya kita akan buat?. Selalunya kita akan menceritakan masalah tersebut pada suami kita, kalau suami, dia akan cerita pada isterinya la kan? Ataupun kita akan bercerita dan mengadu masalah pada kawan- kawan di pejabat kita. Atau pun pada kaunselor yang kita percayai, ataupun pada alim ulama’ dan ustaz ustazah. Betul tak? Selalunya begitu kan?
Bagi saya tak salah kita buat seperti yang saya sebutkan tadi. Cumanya adakah mereka yang saya sebutkan tadi menjadi orang pertama yang kita adukan atau Allah yang pertama kita adukan masalah kita? Sebagi contoh ketika zaman Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Pada waktu itu bertanyalah umat Nabi Ibrahim kepada Nabi Ibrahim. Mereka bertanya kenapa Allah menggelarkan Nabi Ibrahim dengan gelaran KHALILULLAH suatu gelaran yang menunjukkan betapa hampirnya Allah kepada Nabi Ibrahim sehinggakan Nabi Ibrahim diberi suatu Mukjizat dimana Nabi Allah Ibrahim boleh berdialog dan bercakap- cakap dengan Allah S.W.T.
Agak- agaknya apa jawapan yang diberikan oleh Nabi Ibrahim? Jawapannya ialah Nabi Ibrahim diberikan gelaran itu kerana Nabi Ibrahim sering mengamalkan 2 perkara. Pertama, Nabi Ibrahim tidak pernah makan seorang diri. Maksudnya apabila Nabi Ibrahim hendak makan, Nabi Ibrahim akan mengajak orang- orang yang ada di sekitarnya makan bersama. Kalau tak ada akan dicarinya dulu (jiran- jirannya atau orang- orang yang ada). Yang kedua, apabila Nabi Ibrahim menghadapi masalah dalam berdakwah maka Allah adalah yang paling pertama diadukan masalahnya.
Ok sekarang kita check diri kita, adakah kita buat seperti apa yang Nabi Ibrahim buat? Selalunya apabila dah puas kita mengadu dan minta tolong pada orang lain, dan bila dah puas kita menangis dan mengalirkan air mata pada manusia barulah akhirnya kita menangis dan minta tolong pada Allah. Pada waktu itu barulah kita mula nak Solat Hajat, Solat Taubat, baca Al-Quran dan sebagainya. Kalau ini yang kita buat, susahlah masalah kita nak selesai. Sebabnya? Sebabnya kita dulukan manusia yang lain kemudian barulah Allah. Saudara saudari sekalian, ini tak betul.
Ok cuba kita fikirkan yang ini pula. Dulu kita bujang, lepas tu kita kahwin. Lepas kahwin kita di takdirkan mempunyai beberapa orang anak. Ok, persoalannya ialah anak- anak yang kita punya itu milik siapa? Milik kita ke milik Allah? Kalaulah kita rasa anak- anak kita itu milik kita ok, setuju dulu. Kalaulah satu hari Allah nak ambil anak kita (anak kita pergi dulu sebelum kita), perlu tak Allah minta izin dengan kita dulu? Sudah tentu Allah tak perlu minta izin kita. Allah boleh ambil bila- bila masa yang Allah suka. Ini menunjukkan apa? Ini
menunjukkan bahawa anak- anak kita tu bukan kita punya. Ianya kepunyaan Allah S.W.T. Sebagai contoh yang lebih mudah, katakanlah anda mempunyai sebuah kereta dan saya takde kereta. Kemudian saya nak pinjam kereta anda. Perlu tak saya minta izin dari anda? Mestilah sebab kereta tu bukan saya punya, kereta tu anda yang punya. Oklah lepas saya pinjam, kemudian anda nak ambil balik kereta tersebut, perlu tak anda minta izin saya untuk ambil kereta tu. Tentu tak perlu sebab kereta tu anda yang punya. Begitu jugalah kita dengan Allah S.W.T.
Disebabkan anak- anak kita tu adalah hak milik Allah S.W.T. dengan lain perkataan, Allah adalah “tuan punya” kepada anak- anak kita. Jadi apa sebab Allah kurniakan kita anak? Bagi saya Allah kurniakan kepada kita anak adalah kerana ianya adalah suatu pemberian yang berupa “hadiah” yang tidak ternilai harganya (tapi ingat hadiah ini juga Allah boleh ambil bila- bila masa yang Allah suka). Sekarang mari kita fikir sekali lagi. Kalaulah ada kawan kita berikan kita hadiah yang sangat mahal, apa yang akan kita buat dengan hadiah tersebut? Sudah tentu kita akan berterima kasih, menjaga dan menggunakan hadiah tersebut dengan baik. Betul tak?
Sekarang kita dah dapat hadiah yang sangat bernilai yang Allah beri pada kita (anak). Jadi apa yang perlu kita buat? Mestilah kita wajib menjaga, memelihara, membimbing dan mengajar anak- anak yang telah Allah beri kepada kita dengan baik. Secara langsungnya ianya juga telah menjadi amanah dan tanggungjawab keatas kita. Oleh yang demikian, kalaulah anak- anak kita mendatangkan masalah kepada kita, pada siapa seharusnya kita mengadu? Ya, tentulah kita mesti adukan masalah kita ini pertama sekali kepada Allah. Kerana apa? Mudah, kerana Allah adalah “tuan punya” kepada anak- anak kita.
Kita mesti berjumpa dengan Allah untuk mengadu masalah kita kepadaNya. Kerana dengan sifat kasih dan sayangnya, Allah akan memakbulkan permintaan kita. Di dalam Al- Quran, ada sebuah ayat yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ayat tersebut mempunyai maksud:

“ DAN MINTALAH KAMU PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR SERTA MENGERJAKAN SOLAT.”


Di sini Allah telah memberikan kita 2 cara bagaimana untuk kita berjumpa, mengadu nasib dan masalah kita. Caranya apa? Caranya ialah:
1) Sabar
kalau baru sekali dua kita mengadu dan minta tolong daripada Allah tapi hasilnya belum nampak, kemudian kita pun fikir Allah tak nak bantu. Itu satu salah tanggap yang cukup berbahaya. Kita mesti sabar dan mintalah pertolongan kepada Allah secara berterusan (istiqamah). Maknanya jangan sekali- kali kita berputus asa atau frust dengan Allah S.W.T. Mengambil contoh Nabi Zakariya Alaihissalam yang tidak pernah putus berdoa dan meminta pertolongan dari Allah S.W.T. Baginda terlalu kepinginkan seorang anak, tetapi sehingga usianya sudah lanjut masih lagi belum dikurniakan walaupun seorang anak. Dalam masa itu, Baginda tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa disamping berbaik sangka dan yakin kepada Allah yang akan mengurniakan anak kepadanya. Apakah doa yang selalunya Baginda minta kepada Allah? Ini adalah doa yang selalu Baginda minta. Di dalam surah Maryam ayat 4 dan 5, yang bermaksud:

“ Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada engkau wahai tuhanku. Dan sesungguhnya aku bimbang sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi engkau seorang putera (anak).”

saudara dan saudari sekalian, kalau Nabi sendiri pun tidak pernah berputus asa dan sentiasa berjumpa, meminta, merayu, memohon kepada Allah, takkanlah kita nak give up dengan Allah. Ha... lepas baca artikel ni cuba fikir- fikirkan dan renung- renungkan. Sekarang ni cuba kita fikir balik. Dalam masa kita berdoa dan meminta kepada Allah, adakah keyakinan dan pengharapan kita kepada Allah adalah keyakinan dan pengharapan yang seratus peratus? Kalau jawapannya tidak dan kurang pasti, lebih eloklah selepas ini kita tanamkan keyakinan dan baik sangka kita kepada Allah sehingga ke tahap seratus peratus.

2) Solat
Kewajipan solat ni ada beza sikit dengan kewajipan- kewajipan yang lain seperti puasa di bulan Ramadhan, zakat, dan menunaikan haji di Baitullah. Apa bezanya? Bezanya ialah kewajipan- kewajipan yang lain, difardhukan kepada RAsulullah ketika baginda melalui penyampaian wahyu. Tetapi kewajipan solat difardhukan, dengan diangkat Rasulullah ke Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj. Betapa istimewanya kewajipan solat ini. Dan amalan pertama yang akan Allah hitung dahulu di Padang Mahsyar ialah Solat.
Cuba kita fikirkan, kalaulah solat kita ni tenggelam timbul tenggelam timbul (kejap buat kejap tak), agak- agak kitalah adakah Allah akan mempercepatkan permintaan kita. Sebenarnya saudara dan saudari sekalian, ada 10 sebab mengapa Allah tidak memperkenankan permintaan dan permohonan kita. Bab ini saya akan ceritakan di lain kali. Cuma yang saya nak ceritakan ialah salah satu sebabnya ialah, kita mengaku yang Allah itu adalah tuhan yang wajib kita sembah, tetapi kita tidak/ jarang untuk meyembah (solat) kepadaNya dan kita mengaku yang Iblis itu adalah musuh kita yang nyata, tetapi sering kali kita mengikut kehendak iblis dengan melakukan kerja- kerja maksiat (meninggalkan solat juga adalah salah satu daripada maksiat).
Kemudian kita nak minta pada Allah suatu permintaan yang cukup penting dalam hidup kita kepadaNya (anak yang soleh dan solehah). Mungkin ada yang akan berkata, “Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, takkanlah Allah tak nak perkenankan?” saudara dan saudari sekalian, sememangnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah akan sentiasa mengabulkan permintaan kita jikalau kita sentiasa berjumpa dan mengharapkan ehsanNya. Allah itu tidak zalim terhadap hamba- hambanya, cuma hanya kita sahaja yang zalim terhadap diri kita (yang meninggalkan suruhanNya dan melakukan laraganNya).
Kesimpulannya saudara dan saudari sekalian, walau apa pun masalahnya kita mesti berjumpa dengan Allah S.W.T. dengan cara apa? Dengan cara kita sentiasa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Di samping itu kita mesti percaya dan yakin kepada Allah S.W.T akan kehebatan dan kebesaranNya. Lagi satu kita kita kena mengetahui hakikat bahawa bukan anak- anak kita sahaja milik Allah malah diri kita ini juga milik Allah dan semua benda yang ada di dalam dunia ini juga milik Allah S.W.T. Jadi kalau kita mahukan sesuatu yang ada di dalam dunia ini (terutamanya anak yang soleh dan solehah), kita mestilah berjumpa dan meminta dengan “tuan punya” dunia ini. Siapa dia? Tak lain dan tak bukan ialah Allah S.W.T.
Kita juga mestilah menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah S.W.T. kerana apa? Kerana kalau kita menjadi seorang hamba yang taat kepadaNya, InsyaAllah, Allah akan menjadikan anak- anak kita sebagai anak- anak yang taat kepada kita. Jadi sifirnya cukup mudah, kalau anak kita tidak / kurang taat dengan kita, kita tanya diri kita semula adakah selama ini kita menjadi seorang hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Sebelum saya menamatkan tulisan saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan anda. Tidak ada niat di hati ini. Sekian berjumpa lagi di artikel yang lain.

No comments: